Photobucket
Photobucket

Alhamdulillah dipanjangkan usia

Salam hijrah........ Assalamualaikum. Maaf ku pohaon diatas kekosongan pengisian di dalam blog ini. Terdapat kekangan yang ku alami namun kini ku panjatkan kesyukuran kehadratMU Ya Allah kerana masih diberikan nikmat kesihatan dan usia. Kepada kedua ibu bapa dan keluarga pengorbananmu selama 44 ari dan tempoh yang akan datang untuk menjaga ku amat dihargai dan tidak mungkin dapat ku balasi. Kepada ustaz dan ustazah, kenalan2 sekalian serta sesiapa sahaja yang telah mendoakan kesihatan ana ucapan ribuan terima kasih ana ucapkan. Kini Ana Menunggu masa untuk pulih sepenuhnya. Ingatlah wahai teman segala yang menimpa diri kita anggaplah ia sebagai ujian dariNYA Insya`Allah ada pahala dan hikmahnya tetapi jika ia dianggap sebagai bala, nauzubillah dosa balasannya.

Tuesday, February 3, 2009

SekAdAR UNtUk RenuNGan...


No comments:

Post a Comment

KhaS Buat SahAbAtkU



Sahabat diingati bila sunyi...
Rindui bila jauh...
Fahami bila keliru...
Nasihati bila khilaf...
Dan maafkan bila berbuat salah...

Alangkah indahnya persahabatan bila segalanya kerana Allah...
Bersahabatlah ibarat pohon...
Yang berakarkan kesetiaan...
Berbatangkan keikhlasan...
Berdahankan kejujuran...
Berantingkan kesefahaman...
Dan berdaunkan kasih sayang...
Persahabatan adalah anugerah...
Membuat kita tertawa, menangis...
Menerima, dan yang paling penting ia
Membuat kita menghargai hidup...
Semoga iman menjadi perisai kemuliaanmu...
Semoga taqwa menjadi benteng pribadimu...

AgarkU mENdApaT cIntA yAnG DiReDhAiNYA


"...Bismillahirrahmaanirrahimm..."
Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatan untuk menyintaiMu
Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsunya,
Ya Rabbana...
Jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu...
Ya Rabbul Izzati...
Jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu...
Ya Allah...
jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu
Ya Allah...
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
Perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...
Ya Allah...
Jika kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu,
Amin.........

PerAnAn TuTuR kAta


Get the Kata-Kata Hikmah code at Bubbye.com

TaNGunGJaWaB BeRsAMa


TUGAS berdakwah kepada masyarakat Islam adalah antara kewajipan yang dituntut dalam usaha untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Perintah kewajipan berdakwah ini sememangnya banyak terdapat di dalam rentetan ayat al-Quran dan juga hadis Rasulullah. Di antaranya, firman Allah maksudnya: Serulah ke jalan tuhanmu dengan hikmah dan memberi peringatan yang baik dan berhujahlah dengan mereka melalui kata-kata yang baik. (surah al-Nahl, ayat 125)

Dalam surah yang lain, Allah berfirman lagi maksudnya: Adakah ucapan yang baik itu melainkan mereka yang menyeru kepada Allah dan berbuat kebaikan seterusnya berkata ‘sesungguhnya aku dari kalangan orang beriman. (Surah Fussilat, ayat 33)

Al-Sheikh Muhammad Amin al-Kurdi di dalam bukunya Tanwir al-Qulub menjelaskan bahawa ayat-ayat itu menjadi dalil yang jelas kepada kewajipan menyeru dan menegah. Kewajipan berdakwah dijelaskan al-Quran dan al-Sunnah dan ia adalah satu kewajipan yang amat besar lagi getir serta menjadi tonggak utama kepada agama, menjadi tiang atau paksi yang menegakkan binaan Islam, menyempurnakan segala peraturannya serta mengangkat martabat Islam hingga ke puncaknya.

Yang lebih menariknya, berdakwah kepada Allah adalah amalan kebaikan dan kebajikan yang diperintahkan agar hamba-Nya sentiasa berdoa untuk mendapatnya. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: Barang siapa yang menyeru kepada petunjuk maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang mengerjakannya, Allah tidak mengurangkan sedikit pun pahala daripadanya. Dan barang siapa yang menyeru kepada kesesatan maka dia akan berdosa sebagaimana dosa orang yang melakukannya, Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dosa itu daripadanya. (Hadis riwayat Muslim)

Oleh kerana itu, Allah memerintahkan umat Islam supaya menyampaikan mesej Islam dengan penuh berhikmah. Hikmah adalah salah satu pendekatan terbaik dalam menyampaikan ajaran Islam di samping ia juga mempunyai kaitan dengan kesenian berdakwah. Ini kerana jika seorang pendakwah berdakwah dengan tidak mengambil kira pendekatan hikmah, sudah pasti akan menatijahkan kelompok sasaran semakin jauh darinya.

Sheikh al-Sabuni ketika mentafsirkan ayat di atas, menjelaskan pengertian berdakwah dengan hikmah dengan maksud menyeru dan mengajak manusia kepada agama Allah dan syariat-Nya yang suci dengan cara yang penuh bijaksana, berlemah-lembut dan beradab, sehingga dapat memberi kesan kepada mereka dan seterusnya dapat menerimanya dengan penuh kerelaan tanpa kekerasan dan kekasaran.

Sehubungan itu, Allah menggariskan etika berdakwah yang baik iaitu bersikap santun dan tidak bersikap kasar dalam tindak tanduknya. Ini kerana dengan bersikap kasar, orang bukan Islam bukan saja tidak tertarik dan juga tidak dapat melihat keindahan Islam, malah mereka juga akan terus membenci dan mencerca Islam, bahkan sampai ke tahap menghina Allah.

Oleh kerana itu, Allah berfirman yang bermaksud: Dan janganlah kamu cerca benda yang mereka sembah yang lain dari Allah kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan setiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka lakukan. (Surah al-An’am, ayat 108)

Jelas di sini bahawa Islam melarang umatnya mencerca orang bukan Islam dalam perkara ibadat mereka, apatah lagi mencerca sesama Muslim yang hanya sebab berlainan mazhab atau fahaman politik. Oleh sebab itulah berdakwah kepada kebaikan dengan tidak bersikap santun dan penuh hikmah hanya akan menyebabkan perpecahan dan perbalahan di kalangan umat.

Berdakwah adalah satu kewajipan yang amat mulia di sisi Islam dengan tujuan untuk mengajak orang kepada kebaikan dan kebenaran. Sekiranya golongan yang didakwahkan itu tidak tertarik dan terbuka pintu hatinya, maka itu adalah kehendak dan ketentuan Ilahi semata-mata. Oleh sebab itu, seorang pendakwah hendaklah bersabar dan berusaha..

Muhasabah Diri (Perkongsian daripada seorang sahabat yang Bertanggungjawab))

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Doa Buat Sahabatku..... Terima Kasih Kerana Saling mengingati


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI..

Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah
Kalau ada kepercayaanmu demikian, maka Allah tidaklah akan mensia-siakan engkau. Sembahlah Dia dengan khusyuk, dan ingatlah Dia pada waktu kita senang supaya Dia ingat kepada kita pada waktu kita sengsara. Dialah yang akan membimbing tanganmu. Dialah yang akan menunjukkan haluan hidupmu. Dialah yang akan menerangi jalan yang gelap.

Ya Allah...Kurniakanlah kefahaman...kejelasan..keyakinan..kepintaran..kekuatan serta ketenangan jiwa kpd SAHABATku ini...Ya Allah..Limpahkanlah rahmat dan cintaMu kpd SAHABATku ini...jgan Kau sempitkan die dgan belenggu masalah..jgan Kau hukum die krana kekurangan dan kelemahan yg ada dalam dirinye...permudahkanlah urusan SAHABATku ini Ya Allah...
Ya Allah...tempatkan SAHABATku ini d kalangan kekasih2Mu..tinggikan darjat SAHABATku ini dalam ketaqwaan..keimanan..redhailah SAHABATku ini d dunia & akhirat krana aku amat maengasihi SAHABATku ini..bahkan aku redha terhadap dirinye...Ya Allah....ampunkanlah bagi kami apa yg tdak kami ketahui...kerana Engkau Yang Maha Mengetahui segala yg ghaib dan tidak ada sesuatupun yg tersembunyi bagiMu baik d langit...mahupun di bumi...
Ya Allah...daku minta pada Mu segala yang baik ,seperti yang diminta 0leh Nabi Mu Muhammad saw...dan minta perlindungan Mu daripada segala yang buruk seperti yang diminta 0leh Nabi Muhammad saw...Dan Engkau sahajalah tempat meminta...dan Engkaulah tempatku mengadu..Dan kami tidak mempunyai apa2 kekuatan kecuali dengan pert0longan daripada Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung...Salam sejahtera ke atas rasul2mu..dan segala pujian bagi Rabbul' Alamin..." Demi Tuhan sekelian alam..SAHABATku ini telah mmberikan ketenangan..kegembiraan kpdku...Engkau satukanlah hati2 kami Ya Allah...

LAPORAN LANDAS SESI JULAI 1

TARIKH: 18 JULAI 2009

TEMPAT: DEWAN MASJID SALAHUDDIN AL-AYUBBI,TAMAN MELATI, KUALA LUMPUR.

ANJURAN BERSAMA: Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Dengan Kerjasama: Masjid Salahuddin Al-Ayubbi 53100 Taman Melati, Kuala Lumpur.

TENTATIF PROGRAM

8.30 PAGI -Pendaftaran

-Doa

-Ucapan Alu-aluan Penganjur

9.00 PAGI -Pembentangan Kertas Kerja Pertama

Tajuk: REALITI GEJALA SOSIAL

Pembentang: Ust. Kamarudin Kassim (LANDAS)

10.30 PAGI -Jamuan Ringan

11.00 PAGI -Pembentangan Kertas Kerja Kedua

Tajuk: PENDEKATAN MENANGANI GEJALA SOSIAL

PERINGKAT REMAJA (Pengalaman Suatu Gerak Kerja)

-Pembentang: Ust. Halim Zakaria (UM)

12.30 TGH. HARI -Makan Tngah Hari

-Solat Zohor

1.30 PETANG -Rehat

2.30-6.00 PETANG-Diskusi dan Dakwah Di Lapangan

Assalamualaikum. Alhamdulillah kerana ana masih lagi di beri peluang untuk bersama-sama melakukan tanggungjawab ke atasNYA sebagai seorang insan kerdil yang sangat lemah disisiNYA yang sentiasa meminta pertolongan daripadaNYA demi mencari keredhaan daripada ILAHI. Insya`Allah. Bengkel Latihan Dakwah Menangani Gejala Sosial Remaja kali ini bertempat di Masjid Salahuddin Al-Ayubbi dan kawasan sekitarnya berjalan dengan sempurna walaupun terdapat beberapa kekangan yang tidak diingini. Terlebih dahulu ana ingin menjelaskan bahawa Landas ataupun Latihan Dakwah Menangani Gejala Sosial bukanlah sebuah badan ataupun pertubuhan yang haram.

Landas adalah Latihan Dakwah Menangani Gejala Sosial. Maka ia bukanlah satu badan ataupun pertubuhan haram yang telah dinyatakan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana Landas lebih kepada pelaksanaan ataupun module tentang dakwah. Sudah menjadi tanggungjawab kita semua selaku umat Islam di muka bumi ini agar saling ingat mengingati antara satu sama lain seperti mana firman Allah dalam surah Ali`Imran ayat 104 yang bermaksud “Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian adalah orang-orang yang berjaya”. Oleh itu segala apa yang dikatakan oleh sesetengah pihak selama ini yang menganggap bahawa LANDAS adalah satu pertubuhan haram adalah tidak benar dan salah. Mungkin kerana sesetengah pihak mengangap bahawa LANDAS tidak perlu untuk mereka tetapi tanpa adanya method ataupun cara serta usaha untuk melakukan kerja-kerja murni seperti ini mungkin tidak ada pihak yang mampu bergerak sendiri secara individu untuk melaksanakan amar ma`ruf nahi munkar ini. Oleh sebab itulah wujudnya LANDAS dalam menangani gejala sosial lebih-lebih lagi dikalangan remaja kita iaitu melayu dan yang palih sedih beragama Islam. Memang tidak di nafikan bahawa terdapat pelbagai cabaran dalam melakukan kerja-kerja seperti ini lebih-lebih lagi apabila ingin mendekati golongan sasaran apabila tiba di lapangan. Namun Allah telah menggariskan bahawa sesiapa yang berjuang kejalannya nescaya akan di mudahkan segala urusannya. Jadi kita telah di beri panduan agar sentisa mendekatkan diri kepadaNya tidak kira ketika senang ataupun susah. Pokoknya kita haruslah benar-benar ikhlas dalam melakukan kerja-kerja seperti ini seperti mana firman Allah dalam surah Al-Ankabuut yang bermaksud “Wahai hamba-hambaku yang beriman! Sesungguhnya bumiku luas(untuk kamu bebas beribadat); oleh itu,(dimana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu mengikhlaskan ibadat kamu kepadaKU”. Ini dapat dibuktikan bahawa keikhlasan amat penting dalam kehidupan tidak kira ketika melakukan apa kerja sekalipun.

Sedikit Coretan Buat Muslimin dan Muslimat Yang Masih Teragak-agak untuk berdakwah



Tanggungjawab kita sebagai seorang muslim diantaranya ialah memperingati antara satu sama lain kerana kita semua umat Islam di anggap bersaudara. Ini dapat di buktikan dengan firman Allah S.W.T dalam surah Al-Hujurat ayat 10 “Sebenarnya orang-orang yang beriman adalah bersaudara, maka damaikanlah diantara saudara kamu yang bertelingkah itu dan bertakwalah pada Allah supaya kamu beroleh rahmat”. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa bukan mudah untuk kita mengikat hati – hati insan lain mendekati kita. Mendengar apa yang kita sampaikan. Apalagi untuk berjuang bersama – sama kita. Walaubagaimanapun, ”Suatu hari nanti, saya berharap agar muslimin dan muslimat di luar sana akan mampu untuk meneruskan usaha mencari keredhaan ALLAH S.W.T ini walau di mana saja berada” .
” Satu perkara yang saya ingin pesan, banyak – banyaklah bersabar dalam mengajak orang lain kepada kebaikan.
Berlemah – lembut dan hikmah,Jangan terburu – buru,La Tahzan dan La Taghdob.Ingat dua huruf T ini.Iaitu maksudnya jangan sedih dan jangan marah.Sentiasalah bermanis muka dan tersenyum walau dalam apa jua situasi.Cubalah lakukan, walaupun mungkin ia amat sukar ”.

LANDAS APRIL

PROGRAM DAKWAH TURUN LAPANGAN

Tarikh:18-04-2009
Masa:9.00am-5.00pm
Tempat: Kawasan Kerinci, Kuala Lumpur

Berjumpa Komuniti Remaja.Perlu 100 tenaga Mahasiswa yang berfikrah Islam. Sama-samalah kita bersatu hati dan mengembling tenaga demi agama Islam tercinta. Semoga usaha kita yang sedikit ini akan di berkati dan dirahmati. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripadaNYA. INsya`Allah.

Salam Maulidur Rasul 2009

Hari ini dah 12 Rabiul Awal, hari kelahiran Rasulullah SAW. Banyakkan selawat keatasnya..Semoga kita semua mendapat syafaat di akhirat kelak..

RASULULLAH
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela
Photobucket

SEsucI SUMAYYAH

cerita ni di petik daripada seorang sahabat… Bacalah..

Hembusan bayu yang dingin bersama lautan yang membisu petang itu menyebabkan seorang usahawan muda, Faisal namanya, mengenang kembali kisah silamnya yang penuh suka duka.
Sumayyah……begitulah nama seorang gadis yang amat dikasihinya 10 tahun lalu yang kini hanya tinggal kenangan.
Waktu pemeriksaan ujian masuk universiti yang akan mereka masuki itu hanya tinggal dua hari saja. Mereka telah berjanji untuk bersama-sama meneruskan pelajaran di
sana
dan bersama-sama memperoleh hasil yang cemerlang ke menara gading, impian mereka selama ini.
Walaupun begitu, betullah kata pepatah, "Kusangka panas sampaiKe petang, rupanya hujan di tengah hari," bisik hati kecil Faisal ketikamendapati dirinya gagal mendapat tempat di menara gading itu sedangkan Sumayyah berhasil dengan gemilang.
"Sumayyahh…," kata Faisal perlahan petang itu. "Sesungguhnya adasatu hal yang hendak Faisal sampaikan dan semoga Sumayyah tidak mengecewakan Faisal." Sumayyah yang tadinya masih dalam sedu sedan tangisnya kerana kegagalan Faisal, tiba-tiba terhenti lalu memandang wajah Faisal dengan penuh keheranan.
"Sebenarnya, telah lama kusimpan perasaan ini, namun demi pelajaran kita dulu, kusimpan ia hingga hari ini. Sumayyah…sebelum kau ke menara gading, ingin kunyatakan bahawa aku terlalu menyayangi dirimu teman hidupku," kata Faisal penuh harapan.
"Faisal…apakah kata-kata itu datang dari hati Faisal yang ikhlas ?" tanya Sumayyah ingin mendapatkan kepastian. "Ya, Sumayyah, semoga Sumayyah tidak mengecewakan Faisal," sambung Faisal lagi. Sumayyah tunduk malu tanda setuju.
Akhirnya mereka mengikat tali pertunangan setelah mendapat persetujuan dari kedua belah pihak keluarga dan akan melangsungkan perkahwinan tiga tahun lagi, setelah Sumayyah menamatkan pelajarannya di universiti.
Dalam usia setahun pertunangan mereka, hanya
surat
dan telefon yang menjadi penghubung antara mereka dan bertemu bila Sumayyah pulang pada cuti semester.
Masuk tahun kedua pertunangan mereka, Faisal merasakan sesuatu yang berbeza pada diri Sumayyah. Kalau dulu, isi suratnya mengenai ketidaksabaran menemui Faisal, tetapi kini…cuma menasihati Faisal supaya tidak meninggalkan solat liwa waktu, jadi hamba Allah yang taat dan macam-macam lagi. Beberapa risalah bercorak Islam juga sering disertakan bersama suratnya buat Faisal.
Di tahun ketiga Sumayyah di universiti, Faisal merasakan dirinya danSumayyah semakin jauh, tidak seperti dulu lagi. Dulu, mereka begitu mesra sekali tetapi sekarang…semuanya sepi, beku dan kaku! Setiap kali Faisal menelefon Sumayyah, jarang dia dapat berbicara sendiri dengan Sumayyah. Kalau dapat pun tiada lagi tawa riang macam dulu, malah semuanya serius! "Kenapa ?" bisik hati kecil Faisal.
Faisal cuba menelefon Sumayyah lagi pada suatu ketika dengan harapan semoga Sumayyah sudi keluar bersamanya karena dia telah begitu rindu kepada Sumayyah.
"Assalamu’alaikum," bunyi suara yang menyambut telefon. Faisal merasa pasti bahawa itu suara Sumayyah yang dirindukannya. "Sumayyah ?" tanya Faisal tanpa menjawab salam yang diberi. "Ya, Sumayyah di sini, siapa ini ?" Tanya Sumayyah. "Hai…tunang sendiri pun sudah tak kenal ?" kata Faisal dengan nada merajuk. "Oh!…Faisal,"jawab Sumayyah agak terkejut. "Faisal nak ajak Sumayyah ke Restoran Jamilah, tempat kita selalu makan dulu, Faisal akan jemput Sumayyah jam 8 malam ini, OK ?" kata Faisal penuh harapan.
"Maaf, Faisal, Sumayyah agak sibuk sekarang," balas Sumayyah. "Hai! Tak nak jumpa tunang sendiri lagi ? Tak mahu seperti orang lain atau seperti kita sewaktu di awal-awal pertunangan dahulu ?
Ada apa dengan kamu ni, Sumayyah? Selalu sangat menolak ajakan Faisal dengan alasan yang bermacam-macam," keluh Faisal dengan suara yang agak keras.
"Begini, Faisal…sebenarnya antara kita masih belum ada apa-apa ikatan yang sah, cuma bertunang dan bertunang juga tidak boleh dijadikan tiket untuk kita berdua-duaan tanpa mahram dan hukumnya adalah haram," kata Sumayyah menjelaskan alasan kenapa dia enggan memenuhi ajakan Faisal. "Wah! Wah! Wah…! Sejak bila engkau jadi ustazah ni ? Setahu Faisal, Sumayyah belajar ambil jurusan Ekonomi, bukan Syariah atau Usuluddin," kata Faisal sekali lagi dengan nada kesal.
"Ini bukan masalah ustazah atau bukan ustazah, Faisal…tetapi, setiap orang Islam mesti mengetahui halal dan haramnya sebelum melakukan sesuatu agar tidak dimurkai Allah SWT. Maaf, Faisal…Sumayyah tidak dapat memenuhi permintaan Faisal untuk keluar berdua. Sumayyah rasa lebih baik Faisal berjumpa dengan keluarga Sumayyah jika ada hal yang hendak dibincangkan," jelas Sumayyah dengan harapan agar Faisal memahaminya.
"Ah! Sudahlah Sumayyah, aku sudah bosan dengan engkau, itu tak boleh…ini haram…itu haram. Mulai hari ini antara kita telah putus dan tiada apa-apa ikatan lagi," sambung Faisal marah.
"Faisal, bukan itu maksud Sumayyah," kata Sumayyah yang agak terkejut dengan keputusan Faisal. "Ya, Sumayyah…aku rasa lebih baik kita putuskan saja tali pertunangan kita ini kerana antara kita sudah tiada penyesuaian lagi, pergilah kau dengan dakwahmu dan biarkan aku dengan cara hidupku," kata Faisal penuh ego.
Suasana sepi seketika, Faisal tahu Sumayyah terkejut dengan keputusan dan kekerasan kata-katanya. "Faisal," Sumayyah memulai lagi kata-katanya.
"Andai itu sudah menjadi keputusan Faisal, apa boleh buat, cuma doa Sumayyah semoga suatu hari nanti Allah membuka hati Faisal dan menjadi hamba-Nya yang taat dan sama-sama dalam perjuangan Islam yang suci," kata Sumayyah tenang.
"Selamat tinggal Sumayyah!" kata Faisal memutuskan percakapan sambil menghempaskan gagang telefon.
Fikiran Faisal terganggu akibat perpisahan dengan Sumayyah, satu-satunya gadis yang sangat dikasihinya. Tapi lama-kelamaan, Faisal dapat melupakan Sumayyah…sehingga dua tahun kemudian ketika tiba-tiba seorang lelaki yang tidak dikenalinya memberi salam muncul di pintu pejabatnya.
Dari air mukanya yang bersih dan pakainnya yang kemas, Faisal yakin dia seorang yang baik dan punya kedudukan tinggi.
"Wa’alaikumussalam, silakan duduk," jawab Faisal sambil menghulurkan tangannya menyambut salam tamu itu. "Apa yang boleh saya bantu, Saudara ?"tanya Faisal.
"Sebenarnya, begini…saya Dr. Abdur Rahman, baru pulang dari England tiga minggu yang lalu dan bertugas di Rumah Sakit di kota ini. Kedatangan saya ini untuk menyampaikan barang yang dikirimkan buat Saudara."
"Barang?" tanya Faisal penuh kehairanan kerana setahunya dia tidak pernah membuat pesanan barang apa-apa dari
England.
"Barang ini dari saudari Sumayyah binti Muhammad, pasti Saudara mengenalinya," kata lelaki itu.
"Sumayyah !" terlontar lagi perkataan itu dari mulut Faisal setelah dua tahun dia telah melupakan nama itu.
"Sumayyah telah pergi buat selama-lamanya setelah mendapatkan kemalangan jalan raya sewaktu di kota London. Kebetulan isteri saya adalah sahabat karibnya semasa sama-sama menuntut ilmu di sana. Beberapa hari sebelum kejadian itu dan sebelum kami pulang ke Malaysia, Sumayyah benar-benar meminta kami untuk menyampaikan barang ini untuk Saudara. Seolah-olah dia tahu bahawa dia tidak akan bersama kita lagi," ucap Dr. Abd Rahman.
Bagaikan dipanah petir jantung Faisal menerima berita yang tidak pernah terduga olehnya selama ini. Lantas, Faisal menutup kedua tangannya ke wajah tanda kesedihan yang amat sangat, kerana sesungguhnya Sumayyah masih di hatinya.
"Bersabarlah saudara, kesemuanya adalah kehendak Allah. Allah lebih menyayanginya. Sumayyah adalah gadis yang baik dan taat akan perintah Allah," kata Dr. Abd Rahman menenangkan keadaan sambil memegang bahu Faisal. Setelah dilihatnya Faisal agak tenang, dia pun meminta diri untuk pulang. Faisal segera membuka kiriman Sumayyah buat dirinya. Terdapat surat didalamnya. Faisal membuka
surat itu dengan tangan yang gementar menahan kesedihan.
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang," bunyi awal surat Sumayyah.
"Menemui Saudara Faisal yang saya hormati semoga di bawah lindungan Allah dan semoga lembaran ini menemui Saudara dalam keadaan kita sama sama beriman kepada Allah SWT.
Maaf, seandainya lembaran yang tidak diundang ini mengganggu situasi saudara Faisal ketika ini. Sumayyah tahu tidak ada alasan bagi Sumayyah untuk menghubungi saudara Faisal lagi setelah perpisahan dulu. Tetapi kerana Islam dan tidak sanggup melihat sesama Muslim terus lalai dalam arus jahiliyyah ini, maka Sumayyah tabahkan hati untuk menulisnya.
Saudara Faisal yang saya hormati…ketahuilah bahawa apa yang kitalakukan selama ini adalah merupakan rencana syaitan laknatullah dan musuh Islam untuk meruntuhkan generasi muda Islam agar Islam tidak tertegak di bumi Allah ini. Kita adalah di antara yang telah menjadi mereka lantarandangkalnya kefahaman diri kita mengenai Islam.
Saudara Faisal…kembalilah kepada Islam yang suci, kembalilah kepada fitrah asal kejadian manusia yang seharusnya taat kepada Allah, tetapi lantaran keegoan dan tunduk kepada hawa nafsu, manusia lupa akan pencipta-Nya sendiri.
Harapan Sumayyah, carilah kebenaran dalam sisa usia yang masih ada ini dan bertaubatlah atas kesalahan yang lalu. Binalah satu kehidupan baru berlandaskan Islam. InsyaAllah, saudara Faisal akan berbahagia dunia dan akhirat. InsyaAllah sahabat Sumayyah bernama Dr. Abd Rahman yang tinggal di no. 2 Jalan Makmur di kota ini boleh membantu saudara Faisal untuk mencari kebenaran itu." Faisal berhenti sebentar dan terbayang kembali di pelupuk matanya wajah orang yang datang menemuinya baru saja. Lalu dia meneruskan membaca surat Sumayyahh,
"Bersama ini saya sertakan sebuah tafsir Qur’an khusus untuk saudara Faisal, semoga itu bermanfaat kepada saudara Faisal. Akhir kata, dan doa dari Sumayyah semoga Allah membuka hati saudara Faisal dan menjadi hamba-Nya yang ta’at dalam usaha mencari kebenaran ini. Sekian, dari Sumayyah, semoga Allah SWT sentiasa bersama kita."
"Sumayyahh…kenapa engkau tinggalkan aku…sesungguhnya aku masih menyayangi dirimu," itulah kata-kata yang keluar dari mulut Faisal ketika selesai membaca surat Sumayyah. Sejak peristiwa itu, Faisal mulai berubah. Dia selalu lekat dengan sajadahnya yang sebelumnya jarang sekali digunakan dengan alasan kesibukan dengan tugas-tugasnya di pejabat.
"Oh! Tuhan…ampunilah dosa hamba-Mu ini, sesungguhnya, aku telah lalai dari mengingati-Mu selama ini. Pandulah hamba-Mu ini mencari kebenaran di muka bumi-Mu ini dan tempatkanlah arwah Sumayyah bersama orang-orang yang beriman, Ya Allah…Amin Ya Robbal’Alamin, kata Faisal di suatu subuh yang dingin hingga manik-manik jernih jatuh menuruni pipinya tanpa dia sedari.
Faisal bergegas bangun dari solat subuh itu dan terus mempersiapkanbeg pejabatnya ketika dia teringat alamat yang diberi Sumayyah. Selesai sarapan, Faisal terus meluru dengan kereta Honda Accord merahnya mencari rumah Dr. Abd Rahman dengan penuh harapan.
"Assalamu’alaikum!" kata Faisal. "Walaikumussalam," jawab Abd Rahman. Hati Faisal melonjak gembira kerana tekaannya tepat dan bersyukur Dr. Abd Rahman ada di rumah waktu itu. Sengaja Faisal pergi ke rumahnya pada hari Ahad kerana jika hari lain, pasti beliau tiada di rumah kerana "on-call" dari hospital. Setelah lama bercakap-cakap, Faisal juga menyatakan maksud kedatangannya, iaitu agar Dr. Abd Rahman sudi membimbing dirinya dalam mengenal Islam dan mencari kebenaran di bumi Allah ini sebagaimana yang diharapkan oleh Sumayyah selama ini. Namun, bagi Faisal, dia melakukan semua ini bukanlah semata-mata karena Sumayyah tetapi atas kesadaran dan keinsyafan yang adadalam dirinya serta taufiq dan hidayah Allah SWT.
"Syukurlah, saudara telah insaf, semoga Allah sentiasa bersama kita," kata Dr. Abd Rahman. Faisal juga pulang ketika dilihatnya jam sudah menunjukkan 11 pagi, yang bererti dia telah dua jam berada di rumah Dr. Abd Rahman hari itu. Faisal memeluk Dr. Abd Rahman tanda terima kasih dengan linangan air mata, penuh keinsafan dan harapan.
Sejak ketika itu, Faisal juga mulai mengetahui dan memahami mengapa Sumayyah begitu menghindarkan diri darinya apabila diajak berjumpa suatu ketika dulu.
"Benar kata-katamu dulu, lelaki dan perempuan yang bukan mahram, haram ber- dua-duaan dan jubah serta tudung yang kau pakai dan yang kubenci dulu itu adalah cara pakaian wanita Islam. Oh!…Sumayyah sungguh suci dan mulia dirimu," kata Faisal penuh keinsyafan.
"Sumayyah! Andai kau masih ada, pasti kujadikan dirimu teman hidupku dan isteriku yang bakal mendidik anak-anak kita supaya menjadi anak yang soleh.
Juga kerana aku yakin engkau pasti dapat membantuku dalam perjuangan suci ini, sebagaimana sayyidina Khadijah dan ‘Aisyah r.a. membantu perjuangan suami mereka, Rasulullah SAW." Lamunan Faisal tiba-tiba terhenti ketika titik-titik air hujan yang turun secara mengejutkan petang itu membasahi tubuhnya. Lalu ia pun berdo’a,
"Ya Allah, kupanjatkan syukur hamba kepada-Mu karena telah membuka hatiku dan juga kerana telah menemukan hamba dengan Sumayyah, yang telah banyak memberi kesedaran sebelum hamba tersesat lebih jauh dari jalan-Mu. Semoga arwahmu ditempatkan bersama mereka yang beriman wahai Sumayyah, gadis yang suci…..Amin Ya Robbal’aalamiin."
tuntut ilmu